Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Michelle Yeoh terima anugerah filem asia di Hong Kong!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


HONG KONG – Datuk Michelle Yeoh diberi penghormatan menerusi Anugerah Kecemerlangan Dalam Sinema Asia (Excellence in Asian Cinema Award) pada Anugerah Filem Asia, di sini, pada Ahad.
Yeoh, 50, yang merupakan rakyat Malaysia menzahirkan rasa gembira dan terharu apabila menerima anugerah di mana kerjayanya mula bertapak iaitu di negara ini.
“Saya gembira menerima anugerah penghargaan ini dan berharap penganugerahan itu tidak mempunyai mesej tersembunyi.
“Saya berharap ini bukan cara mereka memberitahu saya bahawa saya perlu untuk bersara,” ujarnya sambil berjenaka.
Bintang filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dan The Lady sebuah filem mengenai tokoh politik Burma, Aung San Suu Kyi pada tahun lepas ini diberi penghormatan pada Anugerah Filem Asia ketika membuka tirainya pada malam Ahad.
Beliau mengakui mendengar khabar tentang kerja-kerja pembikinan sekuel kepada filem “Crouching Tiger”, namun belum melihat skrip atau rancangan terhadap projek itu.
Filem itu diarahkan oleh Ang Lee pada tahun 2000 dan memenangi empat Anugerah Akademi (Oscar). -AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments