Sony semakin bersaing dalam menjadi pengeluar utama produk kamera dengan terbaru mengeluarkan kamera mirrorless dalam siri NEX kerana permintaan terhadap kamera sebegini semakin menggalakkan.
Siri Alpha NEX, Sony NEX-3N yang adalah kamera paling ringan dan terkecil untuk kategori kamera dengan lensa yang dapat ditukarkan dengan sensor gambar APS-C.
Kamera ini memiliki pegangan yang direka lebih kecil dari F3 dan tekstur di pegangan ditambahkan supaya tidak licin.
Walaupun memiliki ukuran kecil, Sony masih boleh menambahkan flash built-in pada kamera kompak ini. Sony NEX-3N memiliki sensor 16.1 Mp jenis Exmor HD CMOS APS-C dengan fungsi ISO dari 100 sampai 16000 yang mampu digunakan walaupun dalam keadaan cahaya kurang.
Selain itu Sony turut melengkapkan kamera ini dengan prosesor BIONZ dengan fungsi adaptive nouse reduction sehingga dapat menghasilkan gambar yang bebas noise dan tajam.
Teknologi Auto Object Framing yang masih tergolong baru memungkinkan kamera ini mengetahui objek yang ingin diambil gambar seperti imej seorang, berkumpulan atau subjek bergerak mahupun makro.
Hasil imej yang boleh diubahsuai dapat memiliki resolusi penuh dengan teknologi Pixel Super Resolution dan gambar asal masih tetap tersimpan.
Kamera ini memiliki skrin LCD 3 inci yang dapat dipusingkan sehingga 180 darjah sehingga memungkinkan pengambilan gambar diri sendiri dengan mudah.
Selain itu kamera ini mampu merakam video FULL HD dalam format MP4 mahupun AVHCD.
No comments
Post a Comment