Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Menderita Hanya Kerana Payudara Saiz DD!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Coventry – Auren Yardley sentiasa berangan untuk mempunyai badan yang seksi dan menawan. Namun dengan payu dara yang leper, dia nekad untuk menjalani pembedahan membesarkan asetnya itu.
Pada usia 25, dia telah menjalani pembedahan berkenaan dengan bayaran sebanyak $5,000 dan berjaya membesarkan payu dara dari saiz A kepada DD.
Bagaimanapun selepas dua bulan pembedahan itu dijalankan, badannya mula menolak implan berkenaan.
Beberapa minggu selepas itu, implan di bahagian sebelah payu daranya mula terjulur keluar daripada lapisan kulit di bahagian dadanya.
“Saya tidak percaya implan tersebut keluar daripada payu dara saya. Pada mulanya ia hanya membengkak namun lama kelamaan ia mula keluar dari kedudukannya dan berada betul-betul di bawah lapisan kulit dada saya.
“Saya tidak merasa sakit, hanya tidak selesa. Doktor memberitahu mereka tidak pernah melihat kejadian seperti dan ia boleh menjadi lebih teruk,’’ katanya.
Yardley kemudiannya dikejarkan ke hospital dan implan berkenaan berjaya dikeluarkan.
Bagaimanapun dia terpaksa menunggu selama tujuh bulan untuk menanam semula implant di bahagian payu dara berkenaan.
Ini kerana doktor terpaksa memastikan badannya kembali pulih.
“Selama tujuh bulan saya mempunyai sebelah payu dara yang montok dan satu lagi leper. Bayangkan ketika itu saya sudah menempah tiket untuk bercuti di Tenefife selama dua minggu,’’ katanya.
Ketika dalam percutian itu, Yardley terpaksa meletakkan tisu di dalam sebelah colinya supaya orang ramai tidak akan menyedari keadaan yang menimpanya.
Biarpun mengalami keadaan menakutkan itu, namun Yardley tidak takut untuk menjalani pembedahan implan payu dara lagi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments