Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki China hidup dengan tumor selebar 30 sentimeter!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


China – Kerana tidak mempunyai wang, seorang lelaki di Wilayah Jilin terpaksa hidup dengan tumor selebar 30 sentimeter di sekeliling lehernya.
Wang Zhixiang, yang hidup dalam kemiskinan itu terpaksa menangani tumor yang semakin membesar.
Biarpun dia tidak selesa dengan keadaan berkenaan, namun apakan daya, dia tidak mampu membuang tumor berkenaan di hospital.
Ini kerana kos pembedahan membuang tumor itu adalah tinggi, menyebabkan dia tidak dapat menanggungnya.
Tumor tersebut dikenali sebagai lipoma, iaitu ketulan lembut di bawah kulit yang terbentuk akibat pembentukan sel lemak.
Selain leher, lipoma turut merebak ke bahagian badan Wang yang lain termasuk bahagian belakang, lengan dan perut.
Lipoma hanya berlaku di kalangan seorang daripada 100 orang.
Ia tidak berbahaya dan boleh dibiarkan begitu sahaja.
Namun kebiasaannya dalam kes melibatkan Wang,  lipoma tersebut akan dibuang bagi mengelakkannya membesar dan merebak ke seluruh badan.
Wang percaya, lipoma itu terbentuk selepas dia menjalani rawatan terapi hormon akibat kemalangan jalan raya pada 2005.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments