Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Pierre Andre Sah Bernikah Jun Ini!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pierre Andre Sah Bernikah Jun Ini
Selepas bertunang secara senyap-senyap pada bulan lalu, pelakon dan pengarah, Pierre Andre, 28, mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin dengan tunangnya itu pada Jun ini.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim, 25, atau Yaya pada bulan Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami.
“Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal.

Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan.

“Kami akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan dibuat kemudian dan belum ditetapkan lagi bila tarikhnya. Saya memang mahu buat perkara yang wajib dahulu iaitu akad nikah dan resepsinya kemudian. Mungkin pada hujung tahun,” ujar aktor tersebut kepada portal Murai.
Anak teruna kepada pelakon Khatijah Tan itu menyatakan keperibadian Yaya telah mengikat hatinya serta mendedahkan dia sudah serik untuk bercinta dengan rakan selebriti.
Sebelum ini, Pierre pernah bercinta dengan pelakon Yana Samsudin namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.
“Ciri-ciri wanita idaman saya memang seorang yang simple dan sederhana. Saya memang mencari yang tidak terlalu sosial dan pandai menjaga peribadinya. Ciri-ciri itu saya lihat ada pada Yaya yang lebih suka menghabiskan masa di rumah.
“Saya memang dah serik nak cari pasangan daripada kenalan artis dan selebriti. Mungkin pengalaman dahulu mengajar saya dan syukur kerana akhirnya saya dipertemukan dengan tunang saya sekarang,” ceritanya mengenai tunangnya yang juga seorang model sambilan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments