Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelakon didakwa cederakan bekas suami!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sharifah Nadia Yusnita Abd Haniff
PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Nadia Yusnita Abd Haniff, 32, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana mencederakan bekas suaminya pada November tahun lepas.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap kecederaan pada Lob Mahadir Abdul Shukur, 40, dengan mencalarkan tangan bekas suaminya itu.
Sharifah Nadia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya sabitkan kesalahan.
Sharifah Nadia, yang pernah berlakon dalam filem Diari Romeo, didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Tan Sri Jefry Chin di SK Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya pada pukul 10.30 pagi pada 25 November tahun lepas.
Peguam Yusmadi Yusoff mewakili Sharifah Nadia manakala kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shapirra Selamat.
Peguam M. K. Thas merupakan peguam pemerhati bagi bekas suami Sharifah Nadia, yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Majistret Mohd Hezri kemudiannya menetapkan tarikh sebutan pada 22 April ini. – mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments