Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Polis temui Kepala warga emas yang dijadikan pemujaan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KLUANG — Polis menemui satu kepala milik lelaki warga

emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata kepala lelaki

berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.
“Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum

kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini.
Abdul Majid berkata pemeriksaan mendapati lelaki itu merupakan seorang

gelandangan, pemabuk dan sering tidur di sebuah tokong di kawasan Sri Lalang selepas isteri dan anaknya berpindah ke Johor Baharu.
Beliau berkata setakat ini, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis

Kontinjen Johor percaya lelaki itu dibunuh kira-kira lapan jam lepas berdasarkan titisan darah yang ada di tempat kejadian. Katanya senjata yang digunakan untuk membunuh lelaki itu belum ditemui dan usaha sedang dibuat untuk mengesannya di sekitar kawasan itu.

Abdul Majid berkata pihaknya percaya lebih daripada tiga suspek sempat mengadakan upacara pemujaan menggunakan kepala terbabit sebelum melarikan diri. Sehubungan itu, beliau berkata polis sedang mengesan kesemua suspek yang berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun itu dan empat kenderaan yang digunakan mereka bagi melarikan diri.
“Apa yang penting, kejadian ini bermotifkan pemujaan dan bukannya perkauman mahupun gangsterisme. Kami tidak mahu orang ramai membuat pelbagai spekulasi mengenainya,” katanya.
Abdul Majid berkata kepala terbabit kini dihantar ke Hospital Enche’ Besar

Hajjah Khalsom di sini dan polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Ahmad Zamry Marinsah di talian 019-7266998 bagi membantu siasatan. — BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments