Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kereta Keluaran Proton Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Pada Tahun 1994 (3 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pada Jun 1994, syarikat pengeluar kereta Malaysia, Edaran Otomobil Nasional (EON), telah memperkenalkan kereta Proton Sembilu. Ia bukanlah model terbaru kereta berjenama Proton, tetapi merupakan nama 'body kit' kepada model kereta Proton Wirayang diubahsuai bentuk serta prestasinya bagi menjadi 'sporty'. 

Ketika kereta Proton Sembilu diperkenalkan kepada umum, ia sedang dalam peringkatfasa pertama pengubahsuaian yang cuma melibatkan bahagian badan luar dan dalam kereta. Antara bahagian kereta yang telah diubahsuai ketika itu ialah: 

Penghadang hadapan - lubang angin pada sebelah kiri & kanan untuk menyejukkan brek & enjin, manakala bahagian 'bibir' untuk menahan udara dari terbias ke bahagian bawah.
Penghadang tepi - untuk menambahkan kelajuan kereta, ia diubahsuai bagi mengelakkan angin terbias ke bahagian tayar.

Penghadang belakang - bertindak menekan angin supaya menolak kereta ke hadapan.

Stering - berukuran kecil dengan pemegang yang besar dan mudah dikendalikan akan membolehkan pemanduan menjadi lebih mantap dan stabil.

Tempat duduk - bentuknya yang dapat mengampu badan akan membolehkan pemandu berada dalam keadaan stabil dalam semua keadaan.

Tayar - memperkenalkan rim berukuran 15 inci.
Pihak EON ketika itu memberitahu bahawa Proton Sembilu atau "bahagian-bahagian yang diubahsuai" akan dipasarkan kepada orang ramai apabila proses pengubahsuaian sepenuhnya selesai dalam tempoh "kira-kira setahun lagi". Antara pengubahsuaian yang dirancang untuk dilakukan dalam fasa seterusnya melibatkan "bahagian enjin, sistem gegantung dan gear untuk tujuan perlumbaan". Namun begitu, tidak pula diterangkan tentang pemilihannama "Sembilu" itu. Tak mungkin nama itu berdasarkan tajuk filem popularSembilu (hanya mula tayang Ogos 1994), tapi mungkinkah ia berdasarkan tajuk lagu popular Ella, Sembilu (keluaran 1992)?

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments