London – Seorang gadis terpaksa diselamatkan oleh 12 anggota bomba selepas dia tersekat di atas buaian kanak-kanak di sebuah taman awam di Finsbury Park, di sini.
Menurut seorang saksi di situ, gadis berkenaan dalam keadaan malu apabila orang ramai menyaksikan dia diselamatkan oleh anggota bomba.
“Dia meletakkan tangan di kepala, terutama ketika aksi-aksi berkenaan dirakamkan menerusi telefon bimbit keluarganya.
“Gadis itu tidak mengalami kecederaan, sementara orang ramai pula tertanya-tanya apa yang berlaku kerana ramai anggota bomba dan jentera bomba berada di situ,’’ katanya.
Ahli bomba mengambil masa selama 15 minit untuk membantu gadis itu melepaskan diri.
Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 6 petang memaklumkan ada orang yang terperangkap di atas buaian kanak-kanak.
No comments
Post a Comment