Demi mengabadikan rasa cinta dan kasihnya pada isteri tercinta, bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham telah mencacah tatu dengan nama Victoria tertulis di tangannya.
Beckham mendedahkan tatu terkininya itu sebagai penghargaan kepada isterinya yang juga pereka fesyen yang semakin mencipta nama ketika sedang menghadiri majlis makan malam amal The Global Fund di London, baru-baru ini.
Pada majlis itu juga, anak bongsu pasangan terkenal itu, Harper Seven turut dilihat hadir sambil didukung oleh bapanya.
Majlis amal itu turut dihadiri barisan selebriti popular seperti pelakon Sienna Miller, pereka fesyen terkenal, Stella McCartney dan majlis itu telah dihoskan oleh ketua editor majalah Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour.
No comments
Post a Comment