KUALA LUMPUR – Graduan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi, mahir dalam berbahasa Inggeris dan memohon gaji yang munasabah mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat pekerjaan di negara ini.
Perkara itu dikenal pasti melalui satu kajian oleh JobStreet.com survey ke atas sebanyak 1,019 pengurusan tertinggi dalam sektor pekerjaan di Malaysia pada Julai lalu.
“Kajian ini mendapati aspek kemahiran berkomunikasi, mahir dalam berbahasa Inggeris serta permintaan gaji yang wajar menjadi keutamaan golongan majikan negara ini dalam memilih pekerja baharu dalam kalangan graduan.
“Kajian juga mendapati majikan tidak terlalu mengutamakan latar belakang seseorang graduan sama ada dia dari insitusi pengajian tinggi awam, swasta mahupun luar negara,” kata Pengurus Negara JobStreet.com, Ms. Chook Yuh Yng dalam satu kenyataan media hari ini.
Kajian itu mendapati 67 peratus percaya punca utama graduan tidak mendapat pekerjaan kerana meminta gaji yang tidak munasabah; karakter, perangai dan personalitiyang buruk (60%), kemahiran berkomunikasi yang teruk (55%), kemahiran berbahasa Inggeris yang lemah (55%) dan tiada kemahiran (42%)
Tambah kenyataan itu, suasana pekerjaan zaman ini lebih komplek dan bersifat global memerlukan seseorang pekerja mampu melakukan tugasan dengan pantas. – mynewshub.my
No comments
Post a Comment