Selepas reda seketika kontroversi yang melibatkan pelakon kacak Afiq Muiz bersama ibunya, kini timbul pula lagi satu cerita kurang enak mengenai pelakon tinggi lampai ini.
Terbaru, menerusi Berita Harian semalam, Afiq dikatakan menghilangkan diri selepas menerima RM30,000 daripada syarikat produksi yang dinaunginya iaitu Global Station Sdn Bhd.
Menurut orang kuat syarikat tersebut, Alia Ramli, Afiq dijadikan artis residen mereka dan sudah pun menerima bayaran seperti yang termaktub dalam perjanjian mereka.
Namun, apabila pihak Global Station mahu mencarinya, dia seakan-akan menghilangkan diri apabila enggan mengangkat telefon serta tidak langsung dapat berkomunikasi dengan dirinya.
Di sini penulis sertakan luahan hati Alia bagi pihak Global Station yang dimiliki oleh Datin Zaiton Mohd Jiwa.
“Sebagai artis residen, dia sudahpun diberi upfront sebanyak RM30,000. Tak lama selepas itu, kontroversinya pun tercetus, kami tak sangka dan di luar kawalan, namun Global tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya sebab ia membabitkan isu peribadinya bersama ibu. Lagipun ketika mula-mula bertemu Afiq, tak dinafikan dia budak yang baik.
“Namun apabila kontroversinya tercetus, pihak kami dimaklumkan rata-rata stesen TV tidak mahu dia muncul dalam mana-mana drama. Justeru memang kami tidak membuat sebarang tawaran lakonan kepada Afiq sebab Global tidak mahu berdepan dengan sebarang risiko dramanya tidak boleh disiarkan.
“Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu, kontroversi pun semakin reda, kami mendapat maklumat daripada stesen TV , Afiq dah boleh muncul di stesen mereka, tempoh merehatkkannya sudahpun berakhir. Alhamdulillah kami gembira dengan perkembangan itu.
“Masalah timbul apabila Afiq menghilangkan diri, pihak kami cuba menghubunginya minta dia datang ke pejabat, berbincang mengenai jadual penggambaran, sebaliknya dia langsung tak jawab phone, mesej pun tak reply! Afiq lupa ke dia dah ambil wang syarikat RM30,000, ada kontrak sebagai artis residen?
“Saya difahamkan Afiq ketika ini berlakon dengan produksi lain. Global tak menghalang, malah kami tak pernah potong pun peratusannya. Kami faham dia cari rezeki tapi janganlah apabila kami cari, dia senyap, responlah panggilan kami. Sepatutnya sebagai artis residen, dia perlu memberi keutamaan kepada drama terbitan produksi ini,” jelas Alia panjang lebar.
Diharapkan Afiq dapat belajar daripada kontroversinya sebelum ini.
Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, yang penting cari jalan untuk duduk berbincang bagi menangani masalah tersebut sebelum ianya menjadi bertambah buruk
No comments
Post a Comment