Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Artis Indonesia Gusti Arya Merupakan Kekasih Baru Sherry Ibrahim -
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Khabarnya, deejay and penyanyi dari negera seberang, Gusti Arya atau nama sebenarnya Gusti Nyoman Arya Yudistira sedang berusaha memikat pelakon jelita, Sherry Ibrahim. 

Apapun, jangan panik dan terkejut kerana tujuan penyanyi berusia 24 tahun itu memikat Sherry adalah untuk berkolaborasinya dalam nyanyian bagi menghasilkan single pertama mereka diberi judul Flirting.

Menurut Gusti, kerjasama mereka ini bermula selepas dia diberitahukan oleh rakannya, Bambang tentang minat mendalam seorang pelakon Malaysia untuk menjadi penyanyi. Sejurus itu, beliau terus berjumpa dengan Sherry dan LOL Entertainment untuk berbincang dan mendapatkan kata putus.

"Ketika itu saya membuat persembahan di Bali, Indonesia. Kemudian Bambang yang merupakan jurusolek kepada Sherry datang bertemu saya dan memberitahu ada seorang teman pelakon di Malaysia yang ingin menjadi penyanyi. Kami berbincang dan ketika itu saya memperdengarkan dia kesemua lagu saya yang telah disiapkan.

"Kemudian, dia telah membawa lagu tersebut untuk diperdengarkan kepada Sherry dan menyukainya. Setelah itu, saya berjumpa Sherry dan LOL Entertainment untuk berbincang dan mereka setuju untuk bekerjasama. Mungkin kami juga akan melancarkan album mini termasuk bersama kesemua artis di bawah naungan LOL Entertainment."


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments