Kuala Kubu Bharu – Gara-gara kemaruk
seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan
alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah
surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya.
Walaupun diperlakukan seperti pelacur,
pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal
dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.
Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang
lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu
membersihkan pakaiannya.
Setelah mendapat tahu perkara sebenar,
lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan
hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan
polis dibuat.
Seorang penduduk yang enggan dikenali
berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah
dan kurang mendapat perhatian keluarganya.
Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai
dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah
berkahwin lain. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu
Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal
mendapati kejadian itu dipercayai
berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100
meter dari surau berkenaan.
“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah
pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau
dalam taman perumahan di bandar itu.
“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya,
rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah
rumah kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.
“Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.
“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke
Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol
kerana mangsa masih di bawah umur,” katanya. -Sinar Harian Online
No comments
Post a Comment