Cerita mengenai aktres remaja kontroversi, Miley Cyrus seperti tidak pernah berakhir selepas persembahan ‘nakal’nya di Anugerah Muzik Video MTV dan perpisahan dengan tunangnya, Liam Hemsworth.
Terbaru, dia dikatakan sudah menjalin hubungan dengan seorang penerbit muzik, Mike WiLL Made It.
Sejauh mana serius hubungan mereka tidak dapat dipastikan, namun ramai yang berpendapat Miley sememangnya sudah memulakan hubungan baru selepas kekecewaan lalu.
Imej yang dirakamkan oleh jurufoto sewaktu persembahannya di iHeartRadio Music Festival di Las Vegas menunjukkan aktres itu sedang dirangkul oleh Mike di luar trelernya.
Ia sekaligus mengundang spekulasi ada sesuatu yang manis sedang berputik antara keduanya.
Sebelum ini, Miley juga telah berkongsi gambarnya bersama Mike di laman sosial dan mereka kelihatan cukup mesra.
Tidak tahulah sama ada aktres ini benar-benar sudah melupakan bekas tunangnya yang kini dilamun cinta dengan seorang model kelahiran Mexico, Eiza Gonzalez atau sekadar mahu mengubat hatinya yang masih lara.
No comments
Post a Comment