Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Rumah Eminem Dilelong Pada Harga RM3.17
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Eminem
Detroid –Rumah milik rappers Eminem yang menjadi tempat berteduh penyanyi berkenaan ketika dia membesar, akan dilelong dengan harga pembukaan hanya RM3.17.
Rumah tersebut yang terletak di kawasan miskin di Detroit itu pernah menjadi muka depan kulit albumnya pada 2000.
Ia merupakan salah satu daripada 1,000 rumah kosong yang dimiliki oleh Bank Michigan Land.
Ibu Eminem membeli hartanah tersebut pada 1987 dengan harga RM60,000 dalam satu perjanjian, dengan pembeli perlu membayar sebanyak RM9,400 sebagai bayaran permulaan dan RM700 setiap bulan.
Tahun lepas, rumah tersebut gagal dijual meskipun bidaan paling minimum adalah RM1,500 sahaja.
Rumah berkenaan dinilai pada harga lebih RM100,000, berdasarkan laman web Zillow.com.
Dalam pada itu, salah seorang jiran Eminem, Rhonda Brown, berkata, dia ingin melihat penyanyi berkenaan membeli rumah itu dan kemudiannya membaikinya semula, sebelum didermakan kepada penduduk miskin,’’ katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments