Dalam filem terbitan 1990 watak Edward Scissorhands kelihatan begitu mahir dalam seni menggubah pokok renek.
Menggunakan tangannya, watak dibawa Johnny Depp itu menghasilkan pelbagai bentuk mengagumkan di kawasan kediamannya.
Namun ia kemahiran itu mungkin tidak mencukupi jika dibandingkan dengan sekumpulan pakar terbaik dunia berkumpul di Montreal untuk mempamerkan seni masing-masing.
Gorila, monyet serta pelbagai reka bentuk menjadi pertaruhan dalam festival MosaÔcultures Internationales de MontrÈal tahun ini.
Ia diadakan bagi mencari pakar penggubah pokok renek terbaik di dunia.
Festival itu mula diadakan setiap tahun mulai 2000 dengan penyertaan diterima dari 35 bandar raya di 14 negara.
Tahun ini, lebih 100 bandar raya dari 25 negara menjadi peserta dan hasil seni itu mula dipamerkan kepada orang ramai di Montreal, Kanada sehingga 29 September depan.
Sebanyak 22,000 spesies tumbuh-tumbuhan diletakkan dalam 10 ruang pameran serta 30 taman tema.
Tema kal ini ialah Land of Hope dan peserta dikehendaki mencipta reka bentuk yang mewakili ciri yang ada di bandar raya yang mereka wakili.
Peserta juga boleh menggunakan bentuk spesies hidupan atau ekosistem yang terancam, selain ciri keamanan, tindakan positif untuk membantu alam sekitar atau memberi mesej bagaimana manusia dan alam saling perlu memerlukan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourisme MontrÈal, Charles Lapointe berkata, kemahiran pakar seni gubah pokok renek itu bukan saja menarik perhatian penduduk setempat, malah turut digemari pengunjung dari seluruh dunia.
“Reka bentuk seperti sesumpah, katak, keluarga cimpanzi, kerbau dan lain-lain akan menjadi tarikan utama ke Montreal pada musim panas ini,” katanya.
Penganjur menjangkakan lebih sejuta orang akan mengunjungi festival itu dan menjana pendapatan kira-kira RM146 juta kepada wilayah Quebec.
Hmetro
No comments
Post a Comment