Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Video: Bila Anggota Komando Kita Menembak! Memang TERBAIK!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Video: Bila Anggota Komando Kita Menembak...
WOWWW!!! BARU-BARU ini rombongan media telah dibawa untuk melawat sebuah kem komando di Melaka.
Pelbagai pertunjukan dan demonstrasi dilakukan bagi menunjukkan keupayaan pasukan elit tersebut menjalankan tugas dan peranan mereka.

Antara yang ditunjukkan adalah kecekapan para anggota ini dalam mengendalikan senjata api.
Lihat sendiri bagaimana mahir dan tepatnya anggota komando kita dalam melepaskan tembakan ke arah sasaran.

Dari segi sejarah, konfrontasi Malaysia-Indonesia yang tercetus pada awal tahun 1960-an telah menyebabkan kerajaan merasakan perlu diwujudkan sebuah pasukan khas bagi mempertahankan negara.
Justeru, pada tahun 1965, Menteri Pertahanan ketika iu, Tun Abdul Razak Datuk Hussein telah mengarahkan penubuhan sebuah Pasukan Petugas sebagai percubaan.
Ekoran itu juga, Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan arahan kepada para sukarelawan supaya tampil untuk mempelopori penubuhan pasukan tersebut.
Hasilnya, seramai 300 orang daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia telah menyahut cabaran tersebut. Daripada jumlah itu, hanya 15 orang terdiri daripada lima pegawai dam 10 anggota sahaja yang berjaya melepasi ujian pemilihan yang ketat.
Mereka kemudiannya menjalani kursus asas komando di Kem Majidee, Johor Bahru mulai bulan Februari 1965 di bawah kelolaan 40 Komando British Diraja di bawah arahan Mejar Bacon.
Latihan keras dan lasak itu telah berlangsung selama enam minggu. Di akhir latihan, hanya empat pegawai dan lapan lain-lain pangkat (LLP) berjaya menamatkan latihan itu dan dipakaikan beret hijau komando.
Mereka ialah Mejar Abu Hassan Ab-dullah, Leftenan Mohd. Ramli Ismail, Leftenan Muda Ghazali Ibrahim dan Leftenan Muda Hussin Awang Senik.
Anggota LLP pula terdiri daripada Sarjan Ariffin Mohamad, Sarjan Annuar Talib, Sarjan Zakaria Abas, Sarjan Yahya Darus, Koperal Silva Dorai, Koperal Moo Kee Fah, Lans Koperal Johari Mohd. Sirat dan Lans Koperal Sabri Ahmad.
Kejayaan mereka menamatkan latihan telah membolehkan Pasukan Gerak Khas Malaysia (PGKM) ditubuhkan secara rasmi.
paskau
Malah kejayaan itu, tanpa diduga telah menyedarkan pihak British bahawa anak-anak watan negara ini mampu memikul apa sahaja tugas dan peranan berat setanding dengan kebolehan tentera mereka.
Disebabkan sambutan hangat juga, sebanyak enam kursus asas komando telah berjaya dijalankan sepanjang tahun 1965 dan pada penghujung tahun itu, jumlah anggotanya telah mencapai 70 peratus. Pegawai Pemerintah PGKM yang pertama ialah Mejar Abu Hassan Abdullah manakala Pegawai Waran II Ariffin Mohamad sebagai Sarjan Mejar Skuadron.
Bagi memantapkan lagi taraf profesionalisme unit tersebut, beberapa pegawai dan anggotanya telah dihantar ke luar negara untuk menghadiri kursus-kursus kepakaran seperti `rigger’, pandu arah udara, kursus pasukan khusus, kursus khas perairan dan renjer.
Kejayaan mereka menamatkan kursus-kursus tersebut telah menyakinkan lagi kerajaan bahawa mereka telah boleh diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas komando de-ngan baik terutama dalam menentang Tentera Indonesia dan melawan insurgensi.
Bagaimanapun, sebaik konfrontasi berakhir timbul perdebatan sama ada PGKM perlu dikekalkan atau tidak memandangkan peperangan melawan insurgensi bukanlah tugas utama pasukan ini.
Namun, selepas menyaksikan kejayaan terup PGKM menumpas dan melumpuhkan kegiatan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) di Sarawak dan keberkesanan mereka dalam operasi di bandar sewaktu tragedi rusuhan berdarah 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan membuat keputusan mengekalkan pasukan ini dan menaikkan tarafnya menjadi sebuah rejimen.
Untuk menampung penambahan elemen-elemen baru dalam PGKM, pasukan itu telah dipindahkan dari Kem Majidee ke Kem Segenting Port Dickson (1968) dan kemudian ke Kem Sungai Udang, Melaka (1969). Di sinilah pada 1 Ogos 1969 Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia (1 RGK) tertubuh secara rasmi.
Untuk itu juga, Leftenan Kolonel Borhan Ahmad telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah pertama 1 RGK seterusnya menerajui pembesaran Gerak Khas.
Sejajar dengan Rancangan Malaysia Ketiga dan proses pembesaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebuah Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1976.
Penubuhan pusat itu yang kini dikenali sebagai Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) bertujuan menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk anggota Gerup Gerak Khas dan ATM.
72842_462975567104550_1699197724_n
Pada 1 Januari 1977, Rejimen Kedua Gerak Khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Leftenan Kolonel Ghazali Ibrahim. Dalam tahun 1980-an pula, serentak dengan rancangan Pembesaran Istimewa Tentera (Perista), Gerak Khas turut mengalami proses pembesaran yang memberansangkan.
Sebuah Jabatanarah telah ditubuhkan di Kementerian Pertahanana pada April 1980 manakala pada Januari 1981, Markas Gerup Gerak Khas (GGK) telah ditubuhkan di Kem Imphal, Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, designasi unit-unit komando telah diubah dari 1 RGK menjadi 21 Rejimen Para Komando dan 2 RGK kepada 22 Rejimen Para Komando.
Kemudian, nukleas 11 dan 12 Rejimen Gerak Khas telah diwujudkan di Kem Sungai Udang pada 1 April 1981. Penubuhan dua buah unit tempur yang baru ini adalah sebagai melengkapkan Kor Gerak Khas dalam tugas-tugas komando.
Sorotan daripada rancangan penyusunan semula Tentera Darat, 12 RGK telah digantung dan anggotanya diserapkan ke unit-unit tempur Gerak Khas yang lain.
Rejimen Para Komando juga telah diubah designasinya menjadi Rejimen Komando sahaja.
Apa yang membanggakan ialah pasukan elit ini sejak ditubuhkan, tidak pernah diterajui oleh pegawai asing kecuali anak-anak watan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments