Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] VIDEO: Budak Perempuan dengan slumber curi iPad!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Video: Budak Perempuan Curi Ipad
Wowww!!!! KECIL-kecil lagi dah pandai mencuri!! Itulah mungkin ungkapan dari mulut setiap dari anda apabila menonton video ini. Tidak diketahui lokasi, dan sumber video ini diperolehi tetapi dari apa yang diperhatikan ia diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kedai menjual peralatan komunikasi.

Daripada tulisan dan iklan yang terdapat di dinding, dilihat kebanyakannya tertulis seperti tulisan cina.
Video ini pada mulanya menunjukkan beberapa orang sedang melihat produk komunikasi sebelum kelibat seorang budak kecil perempuan masuk bersama kakaknya.
Kemudian, kakaknya dilihat meneliti barangan di dalam rak pameran di satu bahagian sebelum kanak-kanak perempuan ini dilihat mengawasi pergerakan penjaga kedai yang mungkin sedang mengawasi kedainya.
Tiba saat paling sesuai, kanak-kanak perempuan dianggarkan berusia sekitar enam tahun mula masuk ke ruang belakang kaunter dan kemudian keluar dengan sebuah kotak dipercayai iPad di tangannya dalam masa beberapa saat sahaja.
Dia kemudiannya dilihat kelam-kabut menyimpan iPad berkenaan di dalam bajunya sebelum kedua-dua mereka perlahan-lahan dilihat keluar meninggalkan kedai sekaligus berjaya mencuri iPad berkenaan. – Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments