Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Bayar RM10 juta tutup mulut ‘skandal’
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

London: Seorang bintang rock Britain kini bergelut untuk menyelamatkan rumah tangganya selepas seorang wanita menuntut dia membayar pampasan dan menyara anak luar nikah mereka.

Dalam pendedahan media semalam, artis terbabit diminta membayar £2 juta (RM10 juta) jika tidak mahu rahsia mereka didedahkan kepada isterinya. Wanita itu juga menuntut artis terbabit menyara anak mereka sehingga dia berusia 18 tahun.
Wanita terbabit dilaporkan berkata: “Bayar segera atau saya akan beritahu isteri kamu.” Anak luar nikah itu dipercayai dilahirkan selepas artis terbabit mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan selepas bertemu di AS.
Hubungan itu kemudian berakhir di situ saja. Sumber berkata, penyanyi rock itu kini terdesak merahsiakan kewujudan anak perempuan luar nikahnya itu daripada pengetahuan isterinya. “Penyanyi itu bertanggungjawab, bukan saja secara moral, tetapi menurut undang-undang.
“Kini semuanya terserah kepada penyanyi terbabit kerana maklumat yang selama ini dirahsiakannya ada di tangan wanita berkenaan,” katanya. Sumber itu berkata, wanita berusia 30-an itu amat pasti siapa bapa kepada anak yang dilahirkannya.
“Dia bukan wanita murahan, malah dia seorang profesional berjaya,” katanya. Penyanyi itu - anggota sebuah kumpulan rock yang berjaya mempunyai keluarga dan sentiasa dikenali sebagai bapa bertanggungjawab. Dianggap seorang daripada artis paling popular, dia juga melakar kejayaan besar di peringkat antarabangsa. Setakat ini dia tidak memaklumkan mengenai anak luar nikah itu kepada isterinya, tetapi menghantar sejumlah peguam untuk berunding dengan wanita berkenaan. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments