PADA 13 Jun lepas, sebuah helikopter berkuasa manusia dihasilkan oleh AeroVelo Atlas memenangi Hadiah Persatuan Helikopter Amerika Syarikat (AHS) Sikorsky selepas berjaya berada di udara paling lama iaitu 64.1 saat dengan ketinggian 3.3 meter.
Pertandingan seumpama itu telah dimulakan pada tahun 1980, sejak 33 tahun banyak pasukan serata dunia mengatasi segalanya memastikan impian menghasilkan helikopter yang dikuasakan oleh manusia boleh terbang dan berada di udara sekurang-kurangya seminit dan dengan ketinggian lebih 3 meter.
Pada satu masa ia kelihatan sebagai satu impuan mustahil. Tetapi segalanya menjadi kenyataan apabila ia berjaya diterbangkan pada 13 Jun lalu di sebuah Pusat Bola Sepak Tertutup di Ontario, Canada.
No comments
Post a Comment