SEORANG penyelam laut dalam mengalami saat-saat mendebarka apabila seekor belut gergasi jenis Conger mengigit di pipi serta menyebabkan sebahagian kecil serpih pipinya tertanggal.
Jimmy Griffin, 48 tahun, dari Galway ketika itu dalam ekspidisi selaman dengan rakan-rakannya di Barat Ireland sebelum diserang belut berkenaan.
Jimmy berkata, dia sememangnya bertuah untuk masih hidup lagi untuk menceritakannya semula.
“Secara tiba-tiba saya digigit dan perasaannya seperti ditumbuk di muka,” katanya kepada Irish Idependent.
“Saya tidak boleh panik pada saat itu kerana berada 25 meter di dalam air, oksigen saya juga sudah tertanggal akibat serangan itu dengan risiko saya akan lepas,” katanya.
Sebaik dia dilepaskan belut itu, Jimmy nampak kelibat belut Conger yang lebih besar dari dirinya berenang jauh.
Jimmy, yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun menyelam, dikejarkan ke hospital dan mukanya yang koyak dijahit semula.
Menurut doktor, parut akibt gigitan itu akan hilang sendiri dan tidak akan kelihatan sebaik ia sembuh kelak.
No comments
Post a Comment