Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Sanggupkah anda makan ikan piranha goreng yang tersangatlah menyeramkan ini!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Wowwww!!! Piranha merupakan ikan pemangsa yang hidup di sungai Amazon. Bukan hanya menyeramkan ketika masih hidup, rupanya ikan tersebut juga terlihat menyeramkan ketika sudah berupa makanan.
Hal itu dirasai oleh reporter RocketNews24, Usagi Yumeno yang cuba makanan ekstrim di sebuah spa di Jepun. Nara Kenko Land cukup popular menawarkan sauna dan kolam renang namun mereka kadang kala mengadakan pameran. Kali ini adalah pameran ikan penghuni Amazon yang juga menawarkannya menjadi masakan.

Semasa pameran pengunjung boleh menempah satu dari 3 menu terhad, diantaranya Piranha goreng dan burger ikan keli Amazon. Usagi Yumeno telah menempah Piranha goreng  bersama minuman Brazilian Forest Smoothie. Dia agak terkejut ketika melihat pesanannya datang.


Menu tersebut dihidangkan dengan sos dan hirisan lemon namun penampilan Piranha yang telah digoreng masih sama seramnya ketika hidup. Ikan yang dibalut sedikit tepung itu masih mempunyai gigi runcing lengkap dan dalam keadaan terbuka. Lalu bagaimana rasanya?

Usagi mengaku saat menghiris badan ikan Piranha ada aroma tak sedap yang keluar dari sana. Meski begitu ia tetap menelannya namun tak sanggup meneruskan kerana aromanya mengalahkan rasanya. Akhirnya Usagi tidak meneruskan makan dan memilih merasai burger ikan keli Amazon.

Ketika bertanya pada pelayan mereka mengatakan menu Piranha itu popular dan sehari sekurang-kurangnya satu kali ditempah. Walaupun sama-sama memiliki rasa aneh namun Usagi mengaku lebih suka burger ikan keli daripada piranha goreng. - wk

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments