BUKAN satu, malah lebih kurang lima cabang perniagaan yang diceburi oleh anak Chef Wan, Serina Redzuawan. Mengakui dia terlalu kuat bekerja, kata Serina, dia mewarisi sifat itu daripada ayahnya yang pernah dilantik sebagai Duta Pelancongan Makanan Malaysia.
“Ayah saya pernah ingatkan saya untuk tidak terlalu mengejar wang ringgit kerana bimbang saya akan kehilangan perkara yang paling berharga iaitu keluarga dan anak-anak. Alhamdulillah, saya mendapat sokongan suami dan saya sentiasa cuba membahagi masa dengan baik.”
Walaupun sibuk mengendalikan lima perniagaan yang berbeza dalam satu masa, jelas bekas pengacara ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ ini, dia akan mencuri masa untuk pergi bercuti bersama keluarga.
“Perkara yang paling menyakitkan bagi seorang ibu adalah apabila anak tak mahu dengan kita tapi lebih memilih untuk bermanja dengan pembantu rumah. Tapi yang salah dalam hal ini adalah ibu sendiri kerana terlalu sibuk bekerja dan tiada masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Saya tak mahu perkara itu terjadi. Maka setelah terlalu sibuk dengan perniagaan, saya akan curi-curi masa untuk bawa anak-anak bercuti,” kongsi Serina.

Selain sibuk dengan perniagaan, dia juga sering mengadakan ceramah untuk wanita terutama ibu tunggal bagi terus cekal menghadapi rintangan hidup.
“Tujuan saya terlibat dengan pelbagai perniagaan untuk memberi ruang dan membuktikan kepada wanita di luar sana bahawa mereka juga mampu untuk berjaya dan mencari wang sendiri. Saya mengalu-alukan jika mereka berminat untuk menyertai saya dalam perniagaan ini,” jelas Serina.
Antara perniagaan yang diceburi Serina adalah biskut raya Cookies Serina Simply Delicious, farmasi Cosway, produk kecantikan dan kesihatan Anggun Serina, syarikat produksi YKS Film Maker Sdn Bhd dan terbaru yang bakal dilancarkan tak lama lagi, Restoran Char Kway Teow Simply Delicious Penang Mai. – Gua
No comments
Post a Comment