Rumah itu merupakan milik mendiang neneknya dan dibina di situ sejak beberapa dekad lalu.
Barangan peribadi seperti meja tulis, buku, kerusi dan sebuah cermin antik telah hancur musnah ketika proses merobohkan rumah itu dilakukan.
Walaupun sudah kehilangan rumah pusaka keluarganya, David tetap tenang ketika ditemubual. Menurut beliau tugas harian beliau di sebuah pusat komuniti yang membantu keluarga miskin membantu dia untuk tidak melatah akibat kes berkenaan.
“97 peratus orang yang kami bantu meraih pendapatan kurang dari 17,000 Dolar Amerika setahun, saya melihat kesusahan setiap hari, tetapi saya lega kerana saya masih memiliki sebuah rumah,” katanya.
Dalam insiden itu, rumah yang sepatutunya dirobohkan terletak di no 9708 Jalan Watercress Drive tetapi rumah bernombor 9716 iaitu rumah David yang terletak di jalan sama pula dirobohkan.
Kontraktor rasmi tempatan, Brandon Bennet yang mengulas kejadian itu berkata kesilapan sudah pun berlaku.
“Selepas ini pihak kami perlu memeriksa dengan teliti tugas kami merobohkan bangunan berkali-kali untuk memastikan perkara sama tidak berulang lagi,” katanya.
Sehingga kini, tiada sebarang perjanjian untuk ganti rugi kepada David telah dicapai. – Mynewshub
No comments
Post a Comment