Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Koleksi Sazzy Falak Terbang Ke New York September Ini!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sazzy (empat dari kanan) bersama model-model yang memperagakan rekaan pakaian berkonsep Sakura. -foto GRACE CHEN
SELEBRITI Sazzy Falak kini boleh memasang angan-angan untuk menembusi pasaran antarabangsa tetapi bukan sebagai seorang pelakon sebaliknya sebagai pereka fesyen terkenal.

Koleksi rekaannya akan menuju ke kota fesyen Amerika, New York, September ini.
Pelakon dan hos tv berusia 32 tahun itu adalah pemilik dan pereka jenama Street Fashion atau SF atau jika mahu boleh juga ditafsirkan sebagai Sazzy Falak.
Ciptaannya amat kasual dan bersahaja memenuhi citarasa orang muda tetapi tidak melupakan seni tradisi Malaysia iaitu batik yang digubah mengikut fesyen dress terkini.
Baru-baru ini, ciptaan Sazzy telah dipamerkan di Kelab Selangor Kuala Lumpur yang turut menyaksikan kemunculan artis-artis seperti Ning Baizura, Atilia Haron dan Sarah Lian.
Dan menjelang 7 dan 8 September ini, Sazzy akan memperagakan koleksi ciptaannya itu di Minggu Fesyen The PLITZS New York.
Yang paling mengejutkannya ialah pemilik dan pengarah PLITZS sendiri, Wayne Shields, telah menghubunginya melalui emel pada April untuk bertanya khabar.
Rekaan fesyen bercorak batik ditambah dengan aksesori glamour menyerlahkan si pemakai.
PLITZS Fashion Marketing, ialah pusat sumber fesyen yang mengenegahkan pencipta-pencipta muda, baru dan berbakat ke arena antarabangsa untuk mendapatkan pendedahan yang lebih luas terhadap jenama mereka.
"Saya memang tidak menjangka langsung," kata Sazzy, yang mula mencipta nama dalam dunia lakonan menerusi filem Gol & Gincu pada tahun 2005.
Sazzy kemudian memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada tahun berikutnya di Festival Filem Malaysia.
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang pada tahun 2011 turut membintangi filem komedi seram Tolong Awek Aku Pontianak adalah isteri kepada pembimbng kewangan yang baru-baru ini menyertai The Apprentice Asia, Nazril Idrus, 38.
Mereka memiliki anak kembar Iman Lilly dan Tiara Rose, yang dilahirkan pada 24 April 2011.
Yang menariknya menurut Sazzy sebaik sahaja dia menerima kiriman emel daripada PLITZS dia masih merasa ragu-ragu lagi kerana terdapat terlalu banyak penipuan dan sindiket melalui internet.
Bagaimanapun selepas berpuashati yang emel itu adalah asli, barulah Sazzy mengirim beberapa contoh daripada potfolio koleksinya kepada Shields.
Dua minggu kemudian Sazzy dan PLITZS berkomunikasi menerusi Skype dan berbincang mengenai urusniaga seterusnya. Dan hasilnya, Sazzy akan memperagakan antara 10 hingga 25 rekaannya pada pertunjukkan itu nanti.
Sazzy berkata, untuk pertunjukkan sulungnya di New York nanti dia akan dibantu oleh kakitangan sokongan PLITZS dan 25 model dan latarbelakang syarikat dan rekaannya akan dipamerkan dalam laman web acara tersebut.
Menerusi pertunjukkan itu nanti Sazzy berharap rekaannya akan dapat menembusi pasaran Eropah, Amerika Selatan dan juga China.
Tanpa mengharapkan sebarang pulangan kewangan yang lumayan dan juga jualan hebat, Sazzy menegaskan apa yang diharapkannya dari pendedahan tersebut ialah pengalaman yang berguna dan bermakna.
Fokusnya buat masa ini ialah memberi perhatian sepenuhnya kepada pertunjukkan tersebut, penyediaan fabrik serta membuat pemerhatian yang mendalam ke atas trend dan gaya fesyen terkini.
Menurut Sazzy apa yang pasti ialah ciptaannya nanti adalah bercirikan Malaysia dengan mengenegahkan batik sebagai elemen utama serta songket.
Kata Sazzy lagi sebagai orang baru dalam bidang ini masih banyak yang perlu dipelajarinya.
“Fesyen bukanlah satu bidang yang mudah. Untuk merealisasikan idea menjadi realiti ia harus diterjemahkan menerusi sampel dan juga pemilihan fabrik yang betul dan sesuai. Ada kalanya rekaan anda tidak menjadi dan ia terpaksa dibuang sama sekali," ujarnya lagi.
Menjelaskan bagaimana dia boleh terlibat dalam dunia fesyen, Sazzy menceritakan para peminat setianya adalah pencetus kepada idea ini. Mereka selalu memberi reaksi kepada apa yang dia gayakan.
Ini mendorong Sazzy untuk mendapatkan nasihat kawan karibnya Putri Azalea, yang juga pemilik kedai pakaian PU3 berhubung cara-cara produksi dan juga mekanisma harga.
Untuk seketika Zaza Apparels, iaitu bengkel pakaian Putri menjadi sumber produksi semua ciptaan Sazzy yang telah pun membentuk perniagaan secara online nya. Sazzy sendiri yang menjadi model memperagakan semua koleksi terbarunya itu.
“Online store saya Sazzy Falak collections, sangat ringkas dan mudah untuk urusan jual beli kerana pada mulanya saya hanya menawarkan koleksi seperti singlet dan baju. Pada masa itu fokus saya ialah untuk mendapatkan volume dengan harga yang mampu beli iaitu antara RM60 hingga RM120.
“Koleksi yang lebih eksklusif hanya saya mulakan kemudian dengan harga sekitar RM150 hingga RM300 tetapi pada masa yang sama saya tidak ketepikan kumpulan sasaran saya iaitu mereka yang berada di dalam lingkungan 18-40 tahun kerana merekalah yang paling aktif membeli belah menerusi internet," katanya.
Bagaimanapun pada masa yang sama Sazzy mengakui perniagaan online bukanlah murah. Dia perlu mengajikan sekumpulan kakitangan yang kecil yang terdiri daripada webmaster dan staf untuk menguruskan perniagaan dalam taliannya.
Dia juga mempunyai seorang pembantu kanan untuk menguruskan perniagaannya itu namun Sazzy sendiri sentiasa menyertai seminar dan bengkel tentang pemasaran untuk mendapatkan idea baru untuk mengembangkan perniagaan.
Ini termasuklah mengembangkan koleksinya di bazar dan juga di majlis-majlis minum petang serta keramaian.
Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang koleksi Sazzy para pembaca boleh melayari fbysazzyfalak.com atau pun sakuramalaysia.com.
mSTar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments