Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kayu Snuker Tertusuk Mata Hingga Ke Otak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sam Willers, 23
London – Seorang lelaki kini bertarung dengan maut apabila sebatang kayu snuker tertusuk ke matanya, menembusi sehingga otak sebelum terhenti di dinding tengkorak.

Sam Willers, 23, sedang leka bermain snuker dengan kawan-kawannya apabila seorang rakan menujah kayu itu ke mata mangsa.
Difahamkan doktor hanya memberikan satu peratus peluang untuk Willers selamat.
Namun, selepas pembedahan mata dijalankan dan Willers diletakkan dalam keadaan koma bagi membantu otaknya pulih, pemuda itu semakin pulih daripada kecederaannya.
Kenalan Willers, Angela Harwood, 58, berkata pemuda itu kini sudah sedar dan mula bercakap.
“Bahagian kirinya dalam keadaan baik, manakala doktor sedang mengusahakan pemulihan bahagian kanan,” katanya.
Menurut Angela, masa yang lama diperlukan sebelum Willers pulih. “Selama tiga minggu sebelum ini nasibnya tidak menentu,” katanya. Willers dari Denmead dekat Winchester dikejarkan ke Hospital Besar Southampton sebaik saja kemalangan berlaku.
Dia dipindahkan ke Hospital Queen Alexandra di Portsmouth dan kekal berada di tahap “serius” sejak kemalangan pada 21 Jun itu. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments