Rasa penat akibat bekerja seharian dan perlukan sedikit waktu rehat? Kini sebuah kafe di kawasan Akasaka di Tokyo telah dibuka untuk memberikan peluang kepada golongan wanita agar dapat berehat dan tidur sekejap di situ dengan dikenakan caj-caj yang tertentu.
Kafe yang dinamakan Kafe Tidur Quska ini menawarkan peluang untuk tidur sebentar kepada para pelanggannya semasa waktu rehat mereka pada hari bekerja dengan dikenakan caj lebih kurang USD1.60 untuk masa 10 minit ataupun slot 4 jam untuk USD33. Tidur sebentar telah dibuktikan mampu menambah daya tumpuan seseorang pada kehidupan sehariannya.
Sebenarnya telah bertahun-tahun lamanya orang-orang di Jepun digalakkan untuk mengamalkan budaya 'tidur sebentar' semasa waktu bekerja. Jadi peluang untuk meluangkan masa tersebut di sebuah Kafe yang selesa terutamanya untuk pelanggan wanita sahaja tentulah satu peluang yang tak boleh dilepaskan oleh penduduk-penduduk di sana.
1 comment
☺ Ĥɑ̤̥̈̊Ĥɑ̣̣̝̇̇Ĥǎ̜̣̍Ĥɑ̣̣̝̇̇Ĥa̶̲̥̅̊Ĥα̇̇̇̊(~_^)..xpsl2 tdor lena kt situ..
Post a Comment