Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Foto Selebriti Tempatan & Antarabangsa Sempena F1!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto Selebriti
Menyemarakan penganjuran sukan permotoran bertaraf dunia Formula One yang telah berlangsung pada hujung minggu lalu, Sapurakencana Petroleum telah mengadakan majlis Grand Prix Charity Gala 2013 dalam usaha mengutip dana bagi membantu Institut Jantung Negara, baru-baru ini.
Majlis itu bertambah gemerlapan dengan kemunculan wajah barisan selebriti antarabangsa seperti pelakon Desperate House Wives, Teri Hatcher dan bintang Black Hawk Dawn, Josh Hartnett serta tidak ketinggalan mogul fesyen ternama, Kimora Lee Simmons.
Selain itu, pemenang Anugerah Grammy, Kenny ‘Babyface’ Edmonds turut hadir melalui permadani merah dan turut membuat persembahan pada malam penuh protokol lagi glamor berkenaan.
Tidak ketinggalan Datuk Seri Michelle Yeoh turut tampil bersama-sama tunangannya, Datuk Seri Jean Todt.
Mereka telah diberi penghormatan mengiringi tetamu DiRaja, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah melalui permaidani merah.
Manakala bagi artis tempatan, antara muka-muka yang hadir pada malam itu adalah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Marion Caunter, Sazzy Falak, Joe Flizzow dan Ratu Universe Malaysia Carey Ng.
Bintang sukan yang turut memeriahkan acara antaranya Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei serta tidak ketinggalan pemandu Mercedes AMG Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.
Meriah dan penuh glamor bukan?
Lihat gambar-gambar di bawah ini yang diambil dari Murai.com.my
2
3
4
5
6
7
Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments