FLORIDA - Bernice Bates berumur 91 tahun, dan tubuh wanita tua itu jauh lebih fleksibel berbanding individu muda.
Menurut Bates, dia mula mengamalkan senaman yoga sejak 50 tahun lalu dan wanita yang mempunyai cicit ini sehingga sekarang masih mengajar yoga di pusat komuniti di Florida, Amerika Syarikat, sekali pada setiap minggu.
Pelajarnya pula terdiri daripada golongan wanita berumur, dengan kebanyakannya 20 tahun lebih muda daripada Bates.
Bates turut percaya amalan yoga membuatkan dia sentiasa berada dalam keadaan sihat.
“Saya tidak mengambil sebarang ubat atau mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Selain yoga, saya juga mengamalkan aktiviti berjalan, berenang dan tai chi,” katanya.
No comments
Post a Comment