Kegagalan rumah tangganya yang dulu tidak akan mematahkan semangatnya untuk bergelar isteri buat kali kedua.
Menurut laporan Berita Harian, Wan Sharmila, 32, yakin jodohnya tetap ada.
Lalu, tidak hairanlah apabila wanita bertubuh genit itu kini dikatakan cuba mengenali hati budi seseorang.
Enggan mendedahkan identiti lelaki yang sedang bertakhta di hatinya, Wan Sharmila berkata, mereka kini dalam proses berkawan.
“Saya berkawan dengan semua orang dan memang saya sedang mengenali seseorang, tetapi belum sampai ke peringkat serius kerana takut hanya bertepuk sebelah tangan.
“Hidup mesti diteruskan dan kegagalan lalu tidak melemahkan saya untuk menjalinkan hubungan cinta semula. Bohong kalau saya katakan saya takut untuk berumah tangga semula, cuma jodoh yang belum ada,” katanya.
Sementara itu, perkahwinan lalu bersama penerbit dan pemilik syarikat produksi Radius One, Fazli Baharom, hanya bertahan selama tiga tahun. Mereka bercerai talak satu pada 23 Oktober 2009.
No comments
Post a Comment