FLORIDA - Pemanasan global mampu menjadi punca saiz hidupan menjadi semakin kecil termasuk manusia menerusi satu kajian terbaru saintis.
Kajian yang dilakukan pakar paleontologi terhadap fosil kuda terawal spesies Sifruhippus berusia kira-kira 56 juta tahun lalu mendapati akibat pemanasan global, saiz haiwan itu telah mengecil menjadi sebesar kucing.Kurator Sejarah Semula jadi Muzium Florida, Dr. Jonathan Boch mengesahkan pemanasan global secara berterusan sememangnya boleh mengecilkan saiz spesies mamalia termasuk manusia.
Para penyelidik turut percaya bahawa peningkatan suhu dari semasa ke semasa boleh menyebabkan manusia berpotensi mengecil sehingga 91.44 sentimeter.
"Paling mengejutkan kuda tersebut kembali membesar secara mendadak kepada saiz sebenar apabila suhu Bumi kembali normal kira-kira 45,000 tahun kemudian," kata Dr. Bloch.
Dalam satu kenyataan, Dr Ross Secord dari Universiti Nebraska berkata, mereka masih lagi tidak dapat membuat andaian sama ada kejadian sama akan berlaku pada masa terdekat kerana ia tidak mustahil akan berulang.
No comments
Post a Comment