Perkara itu telah menimbulkan pelbagai respon daripada peminat kumpulan itu.
Oleh kerana tiada publisiti dan perkara itu hanya diketahui melalui Twitter Siwon, ada yang beranggapan Twitternya telah digodam.
Bagaimanapun, apa yang ditulis pada Twitter milik Siwon itu sebenarnya memang betul-betul berlaku.
Menurut Murai.com, rupa-rupanya Siwon datang ke Malaysia semata-mata untuk menjayakan sebuah pengggambaran iklan yang mana syarikat produksi yang membawanya ke sini adalah dari Singapura.
Siwon siap mengalu-alukan peminatnya untuk sertainya dengan memberikan lokasi dia akan berada iaitu Taman Tasik Ampang Hilir (Ampang Hilir Lake Garden), Jalan Kedongdong, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur lagi.
Lebih menambahkan keyakinan lagi apabila orang ramai yang kebetulan berada di situ, sempat mengambil gambar Siwon.
Difahamkan, ahli Supor Junior lain akan turut terlibat di dalam pengambaran iklan berkenaan, cuma bila itu tidak pasti pula.
Mynewshub.my
No comments
Post a Comment