Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Wanita Pakai Kasut Bentuk Senjata Ditahan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kasut
Switzerland – Gara-gara ingin bergaya, seorang wanita telah ditahan di lapangan terbang Zurich selepas membawa kasut tumit tinggi berbentuk senjata dalam begnya.
Wanita itu, Tara Palmer-Tomkinson ditahan selepas kasut tumit tinggi rekaan Chanel telah mencetuskan kegemparan di lapangan terbang itu.
Ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk pulang ke London selepas bercuti di kawasan peranginan Klosters.
Tara terpaksa disiasat selama tujuh jam oleh polis dan dia menyifatkan kejadian itu sebagai satu trauma dan pengalaman yang tidak akan dilupakannya.
Kasut hitam bernilai £1,000 itu telah direka oleh Karl Lagerfeld.
Kali pertama kasut berkenaan mencetuskan kontroversi ialah ketika ia dipakai oleh Madonna pada 2008.
Ini bukan kali pertama Tara, seorang wanita kaya, berdepan masalah dengan pihak berkuasa.
Pada 2009, kasutnya telah dirampas oleh kastam ketika dia melawat Switzerland.
Peguamnya bagaimanapun berjaya mengambil semula kasut berkenaan selepas lima hari.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments