Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] 'Saya serba salah berlakon adegan panas dengan Nora Danish' !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.
Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora. 
Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.
“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.
“Sebagai pelakon, memang saya sendiri tahu garis panduan untuk melakonkan sesuatu adegan. Ketika itu, saya sendiri serba salah, tetapi saya hanya mengikut kehendak pengarah,” katanya.

Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Waris Jari Hantu pada Festival Filem Malaysia Ke-20 ini berkata, dia menyerah keputusan pada Lembaga Penapisan Filem (LPF) sama ada melepaskan atau memotong adegan itu.

“Jika penonton meletakkan persepsi negatif pada lakonan saya itu, saya letakkan tanggungjawab pada pengarah untuk menjawabnya.
“Mungkin adegan ini menjadi salah satu strategi menarik perhatian penonton,” katanya yang kini terbabit penggambaran drama Khilaf Kelmarin di Linggi, Melaka.

Rusdi yang juga suami kepada komposer Sharon Anne Paul Abdullah muncul dengan tiga filem baru pada tahun ini termasuk Awan Dania The Movie yang masih ditayangkan dan Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments