Nurul turut menyatakan insiden kekurangan darah bukanlah sesuatu perkara yang baru berlaku dalam hidupnya.
Memetik laporan Murai, Nurul menjelaskan, “itulah saya sendiri agak terkejut apabila tiba-tiba saja rebah di lokasi uji bakat berkenaan. Sebenarnya saya sudah tahu badan saya kurang sihat ketika itu, tetapi saya gagahkan juga untuk meneruskan sesi uji bakat berkenaan”.
“Nasib baiklah ketika kejadian itu, uji bakat hampir selesai dan hanya sedikit sahaja peserta yang perlu diadili. Kalau tidak, pasti ianya akan menganggu perjalanan program TV berkenaan,” katanya yang kelihatan sedikit berisi.
Menurut Nurul lagi, suaminya, Eric Depp turut menasihatinya untuk sentiasa menjaga kesihatan serta pemakanannya agar insiden tersebut tidak berulang kembali.
Mynewshub.my
No comments
Post a Comment