Selepas serasi bersama dalam menjayakan filem Aku Terima Nikahnya tahun lalu, kali ini filem adaptasi novel, Suami Aku Ustaz bakal mengandingkan kembali dua pelakon utamanya, Adi Putra dan Nora Danish.
Keserasian dan kemesraan yang menjadi di antara mereka berdua juga pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.
Filem yang merupakan arahan sulung Adi Putra ini telah selamat membuat pelancaran penggambarannya di Hard Rock Cafe, Melaka baru-baru ini.
Antara yang dilihat turut serta dalam majlis tersebut adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Wira Mohd Ali Rustam.
Jom layan dulu gambar pasangan serasi di layar perak ini!
No comments
Post a Comment