Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Perogol ditahan reman walaupun dalam keadaan koma!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Foto

Kuala Lumpur: Seorang suspek kes rogol menerima perintah tahanan reman ke atasnya dalam keadaan koma dan terlantar di katil hospital selepas dia parah akibat dibelasah keluarga mangsa.
\Lelaki berusia 28 tahun itu disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang meminta perlindungan di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit (suspek) dikejarkan ke HKL jam 9 malam, selepas dibelasah sekumpulan antara tiga hingga lima lelaki dipercayai keluarga remaja perempuan yang dirogolnya itu ketika suspek berada di Setapak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata akibat kejadian itu suspek cedera parah di kepala, selain empat tulang rusuk kanannya patah dan kini dilaporkan koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.


“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi, semalam.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments