Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Petugas LRT Pakai Kain Sarung! Jangan terkejut!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Jangan terperanjat sekiranya anda mendapati beberapa kakitangan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) memakai kain sarung semasa bertugas esok kerana ia sebahagian daripada program Keretapi Sarung oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).
Pengarah Kumpulan Divisyen Rail Prasarana, Khairani Mohamed berkata, kakitangan LRT terbabit akan memakai kain sarung semasa bertugas sebagai menyokong pelaksanaan program berkenaan.
“Langkah ini hanya sekadar menyeronokkan, tetapi ia adalah satu promosi yang baik untuk perkhidmatan LRT dan produk tempatan.
“Saya amat gembira kerana terdapat pihak mempromosikan kain sarung melalui program Keretapi Sarung ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Khairani yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd.berkata, program Keretapi Sarung juga bertujuan mengajak orang ramai yang menaiki kereta api untuk berbangga dengan warisan mereka.
Menurutnya, para peserta program itu akan berkumpul di stesen Titiwangsa dan Pudu pada pukul 3 petang dan menaiki LRT ke Masjid Jamek, Kelana Jaya dan Pasar Seni.
Tambah beliau, kakitangan LRT terbabit turut diiringi pemain gitar dan perkusi bagi memeriahkan lagi program memakai kain sarung berkenaan. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments