Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Presiden Filipina Selar Tindakan Pengikut Sultan Sulu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Manila: Presiden Filipina, Benigno Aquino, semalam mengkritik kumpulan bersenjata dari negara itu yang memasuki Malaysia dan memberi amaran, tindakan itu boleh mencetuskan konflik.

Dalam komen terbuka pertamanya dalam isu itu, Aquino berkata, memasuki Malaysia dengan bersenjata bukan cara sebenar menyelesaikan isu berkenaan.
“Apabila anda mempamerkan senjata, secara spontan pihak yang lagi satu hanya ada satu cara untuk bertindak balas terhadap cabaran itu,” katanya.

Berpuluh-puluh pengikut Sultan Sulu berlayar dari selatan Filipina memasuki Sabah lebih seminggu lalu untuk menuntut hak ke atas wilayah itu.


Pihak berkuasa Malaysia mengepung kumpulan terbabit yang dianggarkan seramai antara 80 hingga 400 orang dan belum ada penyelesaian dicapai. Aquino berkata, Manila sedang berunding dengan semua pihak, termasuk keluarga Sultan Sulu itu, untuk mencari penyelesaian aman. Sementara itu, Setiausaha Luar, Albert del Rosario, berkata Aquino mengarahkan pihak berkuasa “melakukan apa saja yang mungkin untuk cuba dan mendesak mereka berundur secara aman.” - AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments