ENTRI INI AGAK EKSTRIM DAN KURANG SESUAI UNTUK TATAPAN MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH DAN IBU-IBU MENGANDUNG. KEPADA YANG BERKENAAN, JANGAN TERUSKAN BACAAN ANDA. TERIMA KASIH.
Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yang sedia menanti saya.
Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang kesan kesan jenayah.
TIADA.
Saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk menusuk hidung.
Bau mayat!
Saya nampak sesusuk tubuh yang terbaring di atas sofa dengan hanya berkain pelikat sahaja.
Jelas mayat satu lelaki, berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar.
saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah dan buat pemeriksaan.
Ada dompet yg mengandungi RM33, jam tangan dan IC serta beberapa nobor telefon.
Rumah usang, tanpa telefon, tiada peti seju, ada sedikit beras dan minyak masak.
Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun.
Saya menghubungi satu no telefon dijawab oleh seorang perempuan muda 20 tahun dan itu merupakan cucunya.
Mayat di bawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat esoknya.
Di mana anak-anaknya?
Baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti, menyambut merdeka dan membawa emak berjalan-jalan.
Mungkin ayah tak mahu ikut.
Berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari anak-anaknya membawa ibunya ke Johor.
Sewaktu di temui memang mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan saiz ulat yang menghurungi mayat.
Saya menegur anaknya di bilik mayat tentang kesilapan mereka meninggalkan ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif tanpa menghubungi, tiada link dgn jiran jiran seorang pun.
Anak-anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup mengecam mayat ayah mereka apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya.
Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja yang sanggup masuk ke dalam bilik mayat dan mengecam sejurus sebelum pengsan.
No comments
Post a Comment