Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] San Quentin merupakan sebuah penjara terbesar di Amerika Syarikat!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Penjara San Quentin ialah penjara terbesar di Amerika Syarikat dan terletak di San Quentin, California. Ianya mula memenjarakan penjenayah sejak 1852. Penjara San Quentin mempunyai keluasan 275 ekar

Ianya direka bagi memuatkan 3,082 orang banduan pada satu-satu masa tetapi kerana masalah kesesakan yang kronik ianya menampung 5,222 orang banduan. Penjara San Quentin sangatlah besar sehingga ia mempunyai poskodnya sendiri bagi memudahkan hal surat-menyurat.
San Quentin juga merupakan satu-satunya penjara yang masih melaksanakan hukuman mati di California. Hukuman mati dilakukan menggunakan gas beracun sehingga 1996. Kini hukuman mati dilakukan dengan menggunakan suntikan beracun.


Selain memegang gelaran penjara terbesar Amerika Syarikat, San Quentin juga merupakan penjara yang mempunyai paling ramai banduan yang menanti hukuman mati di Amerika. Seramai 637 orang banduan bilik akhir menanti waktu untuk dijatuhi hukuman.

Kos operasi tahunan San Quentin ialah USD 210 juta! Seramai 1,718 kakitangan digaji bagi memastikan urusan harian di penjara ini berjalan lancar.

Antara banduan yang pernah atau sedang menjalani hukuman penjara di San Quentin ialah Danny Trejo, pelakon utama Machete dan Spy Kids. Beliau dipenjarakan di sini selama tiga tahun dari 1965-1968. Pembunuh Robert F Kennedy, Sirhan Sirhan juga pernah dipenjarakan di sini. Pembunuh bersiri Charles Manson juga pernah dipenjarakan di sini sebelum dipindahkan pada tahun 1989.

Keadaan penjara San Quentin mungkin nampak teruk. Tapi jika dibandingkan dengan Penjara San Pedro Sula di Honduras, San Quention nampak macam hotel 5 bintang!

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments