MUMBAI - Selepas seminggu melakukan operasi pencarian, polis India akhirnya menjumpai mayat tiga beradik berusia antara enam dan 11 tahun di barat India.
Polis penguasa Aarti Singh berkata, tiga kanak-kanak itu disahkan menjadi mangsa rogol dan bunuh sebelum mayat mereka dibuang ke sebuah kampung di Bhandara Maharashtra.
“Empat lelaki ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.
Ahli keluarga mangsa memberitahu, kanak-kanak itu keluar dari rumah bertujuan untuk mencari ibu mereka yang tidak pulang ke rumah semalaman. - AFP
No comments
Post a Comment