Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Juara Skateboard dihukum penjara!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

MELBOURNE — Seorang bekas juara skateboard gagal dalam rayuan terhadap hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya kerana terlibat dalam sindiket penipuan kad kredit antarabangsa berpusat di Malaysia.

Akhbar The Age melaporkan, hakim Mahkamah Daerah dimaklumkan bahawa melalui panggilan telefon yang dipintas polis pada Oktober lalu, tertuduh, Rocky Ng Tin Yu, 38, didapati berhubung dengan seorang anggota sindiket itu.

Mahkamah berkenaan diberitahu pada Isnin lalu bahawa ketika itu, Rocky diletakkan di bawah parol selepas menjalani hukuman penjara empat tahun kerana mengedar sejumlah dadah jenis methamphetamine.
Pendakwa Raya Kristie Eales berkata, sindiket itu mengimport kad kredit palsu dan memuatkannya dengan butiran pelanggan bank yang dicuri dari seluruh dunia termasuk Australia.
Beliau berkata, kad berkenaan kemudian dijual secara dalam talian untuk kegunaan sindiket jenayah termasuk yang berpusat di Melbourne, yang menyelaraskan ”lawatan membeli-belah” untuk anggotanya.
Dalam serbuan ke rumah Rocky, polis menemui wang AUD21,480 (RM70,884), sebuah iPad, dua iPhone dan resit janaan komputer bagi pembelian menggunakan kad kredit palsu.
Oktober lepas, Rocky mengaku bersalah terhadap dua tuduhan termasuk mengendali wang yang disyaki hasil daripada perbuatan jenayah dan mengemukakan rayuan kepada Hakim Frances Millane bagi hukuman penjara enam bulan yang dikenakan terhadapnya oleh seorang majistret.
Rocky yang dihukum penjara pada 2008 kerana kesalahan dadah dan diletakkan di bawah parol ketika melakukan kesalahan terbaru itu berkata, anggota sindiket berkenaan meminjam wang daripadanya.
Hakim Millane menjatuhi hukuman penjara enam bulan terhadapnya. — BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments