London – Twitter Burger King telah digodam. Apa yang lebih mengejutkan twitter berkenaan yang mempunyai 89,000 pengikut telah dimuatkan dengan mesej-mesej daripada pesaingnya iaitu McDonald.
Akaun baru twitter Burger King itu kini memaparkan imej makanan dan logo McDonald’.
Keadaan ini memaksa Burger King menutup akaun twitter berkenaan dan memohon maaf kepada pengikut twitternya.
Dalam masa sama, McDonald’s dalam twitternya menafikan ia terlibat dalam insiden tersebut.
“Kami simpati dengan rakan niaga @BurgerKing. Kami tidak ada kaitan dengan pencerobohan itu,” demikian tulis McDonald dalam twitternya.
Bagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya bagaimana laman rasmi twitter Burger King boleh digodam.
Ada juga yang menyifatkannya sebagai kelakar.
Setakat ini Twitter dan Burger King masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai insiden ini.
No comments
Post a Comment