Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Yong Hwa tak hirau gosip dengan Park Shin Hye!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Jung Yong Hwa tidak dinafikan semakin menjadi-jadi. kali ini dengan kisah keintiman Yong Hwa dan aktres jelita, Park Shin Hye. 
Jika ramai yang mungkin merasakan ia satu berita gembira selepas Yong Hwa dan Shin Hye sudah bercinta, malangnya dakwaan itu ternyata cuma khabar angin kerana ia tidak akan berlaku. 

Sewaktu muncul menerusi satu program TV baru-baru ini, tatkala berbual mengenai karier lakonan Yong Hwa tiba-tiba mengutarakan khabar angin keintimannya dengan aktres berkenaan yang turut menjadi pasangannya dalam drama Heartsrings dan You’re Beautiful sebelum ini. 

Pada episod rancangan berkenaan sebelum ini, Shin Hye tidak ketinggalan menjadi artis jemputan dan turut mendedahkan cerita sebenar sambil berbicara mengenai Yong Hwa. 

“Ketika di set, terdapat satu babak di mana saya akan jatuh. Jadi, sebaik saja pengarah berkata ‘cut’, saya mengharapkan pastinya hero saya akan membantu menarik tangan saya untuk bangun semula tetapi itu tidak berlaku. 

“Dia seorang lelaki yang sangat sempoi dan naif. Saya tidak melihat dia sebagai seorang lelaki yang macho. Maafkan saya Yong Hwa,” katanya sambil tersenyum. 

Kerana kenyataan itu, hos rancangan itu Jun Hyun Moo berkata dia menghidu sebenarnya khabar angin itu hanyalah palsu semata-mata. 
Lantas Yong Hwa pula bersuara dan berkata; “Saya tidak pernah ada perasaan cinta terhadap Shin Hye dan apabila khabar angin berkenaan tersebar memang kelakar. 

Kami hanyalah teman rapat dan tidak merasa janggal pun bila isu skandal itu digembar-gemburkan.” 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments