Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Mohammad Ariffin mengaku salah dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya, Rosnani Mat, 39, dengan cara membaling pisau ke arah mangsa.
Dia mengaku salah melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Kampung Bukit Tunggal, Gong Badak, di sini, pada 26 Februari lalu, kira-kira jam 11.30 malam, di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor L Rathna manakala Mohammad Ariffin tidak diwakili peguam.
Terdahulu, alasan Mohammad Ariffin bahawa punca cemburu dia bertindak sedemikian telah menggamatkan seketika suasana di kamar mahkamah dengan gelak tawa orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pasangan suami isteri itu berada di rumah mereka di Kampung Bukit Tunggal, Gong Badak, di sini, sebelum secara tiba-tiba Mohammad Ariffin mengamuk dan merosakkan harta benda di dalam rumah.
Tidak puas dengan itu, dia telah mengambil sebilah pisau di dapur dan mencampakkan ke arah isterinya, bagaimanapun mangsa bernasib baik kerana sempat mengelak.
Sebelum ini, Mohammad Ariffin sering mengamuk terutama apabila meminta sejumlah wang daripada mangsa dan disebabkan tertekan dengan tindakan itu serta dalam masa sama bimbang keselamatan diri dan anak-anak, mangsa nekad membuat laporan polis.
SH
No comments
Post a Comment