Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelajar Singapura Maut Ketika Sertai Latihan Pasukan Sorak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Seorang anggota pasukan sorak dari Politeknik Ngee An di Singapura maut selepas gagal melakukan satu pergerakan rutin dengan sempurna ketika sedang berlatih pada Ogos tahun lalu.
Ketika melakukan lompatan yang dikenali sebagai ‘back hand spring’, pelajar itu Lai Qing Xiang gagal melompat lebih tinggi untuk menjayakannya.
Lai jatuh dengan teruk ke atas lantai terlentang dan kepalanya turut terhentak sebelum berada dalam keadaan koma.
Dia meninggal dunia kira-kira dua minggu kemudian kerana kecederaan yang dialaminya antaranya tulang belakang patah, dan terdapat gumpalan darah beku di dalam jantungnya.
Butiran kematian Lai didedahkan di Mahkamah Koroner semalam pada hari pertana Inkues kematian pelajar itu, menurut laporan The Straits Times Singapura.
Menurut laporan hasil siasatan polis, mahkamah diberitahu Lai cuba melakukan lompatan itu dengan disokong dua rakan sepasukan yang dikenali sebagai Pasukan Magnum Force.
Seorang dari mereka memberitahu polis, bahawa mereka melakukan apa yang terdaya untuk memastikan Lai yang berketinggian 1.77 meter dan berat 100kg dalam keadaan yang betul untuk melakukan lompatan itu.
Kenyataan para ahli pasukan turut disertakan dengan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian iaitu 30 Ogos tahun lepas.
Bagaimanapun, inkues itu dilihat memberikan fokus dan perhatian ke atas jurulatih mangsa Andrew Ong Hoon Haw.
Beliau yang memiliki dua tahun pengalaman, disoal lebih dari tiga jam berkenaan cara beliau menangani kejadian ini.
Soalan yang ditujukan kepada Andrew berkisar tentang kepakaran beliau sebagai jurulatih pasukan sorak dan juga keperluan bagi seseorang pelajar untuk mendaftar sebagai pasukan sorak.
Koroner Imran Abdul Hamid kemudian menangguhkan prosiding sehingga 18 Mac depan, apabila dua pelajar yang menyokong Lai di bawah dijadualkan memberi keterangan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments