Difahamkan suspek melakukan modus operandi dengan cara memakai telekung untuk mengaburi mangsa sebelum melarikan barang berharga di sebelah mangsa yang sedang solat.
Menurut sumber, suspek berumur 13 hingga 16 tahun itu diberkas di rumah masing-masing di Kampung Raja selepas siasatan terhadap satu kes warga emas wanita berusia 61 tahun kehilangan beg tangan mengandungi wang tunai dan barangan kemas.
Dalam kejadian 22 Februari lalu itu, mangsa sedang solat Isyak di ruang solat wanita di masjid berkenaan dan ketika itu terdapat beberapa jemaah lain.
Dikatakan mangsa tidak menyedari kehadiran suspek lelaki berusia 13 tahun itu kerana muslihat suspek memakai telekung menyebabkan mangsa menyangka dia adalah jemaah yang turut bersolat di ruangan wanita itu.
Suspek dipercayai melarikan beg mangsa ketika mangsa sedang sujud, sementara dua lagi rakannya menunggu di luar.
Susulan kejadian, polis melakukan operasi memburu suspek dan suspek utama berjaya diberkas pada Ahad lalu diikuti dua lagi suspek berusia 14 dan 16 tahun sejurus kemudian.
Menurut sumber lagi, hasil siasatan, polis menjumpai semula barang kemas milik mangsa yang disembunyikan di satu tempat berhampiran tanah perkuburan Islam Kampung Raja, di sini.
“Manakala duit sudah dibelanjakan dan berbaki RM60 dalam simpanan suspek. Duit tersebut dikatakan untuk beli rokok dan bukannya dadah,” katanya.
Kata sumber, suspek utama berusia 13 dan rakanannya yang berusia 16 tahun pernah ditangkap sebelum ini kerana terlibat dalam kes curi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan suspek ditahan untuk membantu siasatan.
SH
No comments
Post a Comment