Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gambar Lelaki Gantung Diri Di Jln Sulaman, Kota Kinabalu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KOTA KINABALU: Seorang lelaki sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak-anaknya sebelum menggantung diri pada sebatang pokok di kawasan semak berhampiran sebuah restoran makanan segera, di Jalan Sulaman, dekat sini, malam tadi.
Mangsa  yang berasal dari Kampung Contoh Suang Parai, Menggatal, dekat sini, ditemui ahli keluarganya yang dipercayai pergi ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa telah menghantar SMS kepada anak-anaknya untuk datang ke tempat kejadian bagi menemuinya.
Pada mulanya, anak mangsa menyangka SMS terbabit hanya satu gurauan namun selepas risau kerana mangsa belum pulang ke rumah, mereka kemudian bergegas ke lokasi yang dimaksudkan.
Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tergantung, dipercayai membunuh diri menggunakan tali nelon warna hijau.
Ahli keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus memaklumkan perkara itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.
“Tiada unsur jenayah didapati dalam kes ini dan polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.
“Siasatan awal juga mendapati mangsa menghadapi masalah keluarga,” katanya sambil menambah mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk bedah siasat.-

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments